Selamat Datang Ke Laman Blog PKBS

PKBS (Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bumiputera Sarawak) adalah sebuah badan NGO yang mewakili warga peniaga dan penjaja kecil bumiputera di Sarawak.

Keahlian adalah terbuka kepada seluruh golongan peniaga dan penjaja kecil di seluruh Sarawak Golongan ini adalah termasuk:

a) Penjaja dan penjual Kaki lima
b) Peniaga Harian
c) Peniaga Pasar Malam
d) Pengusaha kecil-kecilan
e) Kontraktor Binaan dan Bekalan kecil
f) Usahawan MLM dan Networking
g) Usahawan Produk Tradisional
h) Setiap peniaga dan penjaja yang beroperasi

PKBS adalah ahli Gabungan kepada PKBS seluruh Malaysia yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Persatuan ini bekerjasama dengan Kerajaan sebagai pemangkin kepada kemajuan dan perkembangan warga penjaja disamping menjaga kepentingan dan hak-hak peniaga dan penjaja Bumiputera.

Tuesday, May 8, 2012

Unit PKBS Miri kini diwujudkan

Pihak Pengurusan PKBS Sarawak di peringkat Pusat (KUCHING) Sarawak telah menubuhkan Unit PKBS Miri (Zon Utara). Selari dengan matlamat dan objektif Persatuan untuk memperbanyakkan penglibatan Bumiputera dalam bidang perniagaan, kini Unit PKBS telah diwujudkan.


Unit PKBS diketuai oleh Encik Mohammad Heider B Hj Armin dan dibantu oleh En Doha Bin Idris.
Penguwudan Unit PKBS Miri antara lain juga akan memudahkan segala bantuan, sokongan dan penglibatan pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat untuk ahli-ahli PKBS.
Ini termasuklah saluran bantuan kewangan, khidmat nasihat, 'business matching', penyelesaian permasalahan dengan PBT dan pelbagai lagi berkenaan ahli-ahli.

PKBS juga mempelawa mereka yang berminat untuk menjadi ahli kepada PKBS supaya menghubungi penama-penama seperti di atas.

Untuk info lanjut sila hubungi ibu pejabat kami di KUCHING Sarawak.




Read more...

Tuesday, April 10, 2012

Taklimat Konsep Perakaunan - SME Corp, KUCHING

Antara peserta yang menhadiri taklimat anjuran SME Corp berkenaan Perakaunan. Berbincang tentang pentingnya Akaun dan cara menganalisa Laporan Kewangan bagi proses PERANCANGAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
En Morni Tambah selaku penceramah didatangkan dari PKKS bagi menerangkan betapa pentingnya Akaun sebagai nadi sesebuah perniagaan.

Kelihatan En Kani Isa Marican sedang berbincang dengan En. Morni Tambah dari PKKS
Peserta terdiri dari ahli-ahli PKBS, peniaga dan usahawan yang dijemput khas. Antara lain mereka adalah usahawan yang menjalankan perniagaan sekitar bandaraya Kuching.
Tetamu Khas, En Jay Rahman, presiden Pengilang Malaysia, Sabah berkongsi pengalaman beliau kepada para peserta taklimat.
En Jay Rahman berkongsi pengalaman dalam membangunkan perniagaan. Beliau melibatkan diri dalam bidang Bio-Tech, Oil & Gas dan Perladangan serta Pengilangan.

Antara peserta yang hadir Taklimat. Kelihatan En Jay Rahman sedang berbincang dengan peserta berkenaan



Read more...

Monday, April 2, 2012

Khidmat kemas kini akaun (peniaga Kecil)

Khidmat Perakaunan untuk ahli-ahli PKBS dan usahawan untuk pelbagai tujuan. Pihak PKBS menyediakan khidmat untuk kemas kini akaun dengan bayaran dan cas yang berpatutan.

Dilakukan oleh ahli-ahli PKBS yang mempunyai tauliah dan akauntan yang professional.

Antara lain tujuan 'kemas kini' dan 'khidmat' akaun ialah

- Kemas kini dan laporan kepada LHDN
- Perakaunan untuk untung rugi dan aliran tunai peniaga-peniaga
- Akaun untuk tujuan pinjaman perniagaan, loan dan pelbagai.

Sila hubungi :
PEJABAT PKBS
EN SAHMINAN 0142888 600
EN NORDIN B.

Read more...

Friday, July 22, 2011

ETIQA TAKAFUL UNTUK PENIAGA DAN PENJAJA KECIL (Simpanan hari tua & Perlindungan)

Satu perjanjian persefahaman telah dimerterai di antara Pihak Al-Barakah Agency dan PKBS (Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bumiputera Sarawak). MOU ini adalah berkenaan penwaran perlindungan kepada ahli-ahli PKBS tentang perlindungan dan takaful am.


En Shabri (Kiri ) dari Al-Barakah Agency dan En Kani Isa Marican bertukar-tukar dokumen diperhatikan oleh pihak Etiqa Takaful, En Ibrahim dan Iswandy.


Pihak PKBS telah menjalin hubungan dengan Pihak AL-BARAKAH AGENCY untuk kemudahan dan manafaat ahli-ahli.

Menawarkan produk simpanan berserta perlindungan untuk ahli-ahli persatuan.
Dengan menyimpan serendah RM100 sebulan atau bayaran 3 bulan / 6 bulan / tahunan, ahli-ahli boleh mendapat manafaat seperti berikut :

- Khairat kematian sehinga RM100,000
- Khairat Keilatan menyeluruh sehingga RM100,000
- Pampasan Kemalangan diri sehingga RM50,000
- Dana untuk 36 jenis penyakit kritikal sehingga RM50,000
- Manafaat / elaun harian hospital jika dimasukkan ke wad sehingga RM80 sehari
- Memiliki kad Medic untuk memudahkan ahli-ahli mendapat rawatan dihospital
dan perubatan istimewa sehingga RM100,000 sepanjang penyertaan
- Simpanan kewangan persaraan sehingga RM50,000



Pihak ALBARAKAH AGENCY juga menyediakan skim untuk Pendidikan anak-anak ahli PKBS yang berumur 15 tahun ke bawah dengan sumbangan simpanan serendah RM60 sebulan.

Ahli-ahli PKBS yang ingin memperbaharui takaful kereta dan cukai jalan disarankan menggunakan ETIQA TAKAFUL BHD bersama ALBARAKAH AGENCY.
- Bayaran rendah (Tiada caj 'Loading')
- Mudah dan ringkas
- Menjimatkan
- Diskaun tinggi.


Sila hubungi kami di Al-Barakah Agency
082-231 676 Pejabat.(Pn Intan)

Read more...

Saturday, July 9, 2011

Bengkel "Silkscreen" T-Shirt Printing

Bengkel ini diadakan pada setiap hujung minggu (hari Sabtu dan Ahad)
- Diadakan selama satu hari (antara jam 9:30 pagi hingga 1:30 tgh hari)
- Bayaran dikenakan adalah RM150
- Kami akan mengadakan 6 orang dalam satu sesi.

Bengkel ini merangkumi pembelajaran secara praktikal
- menyediakan filem atau stensil
- melakukan pendedahan photo dan melakar imej
- menyediakan bingkai cetak
- cara-cara mencetak dan kaedahnya

Dalam bengkel ini, peralatan disediakan seperti
- T Shirt untuk dicetak
- stensil dan filem lutsinar
- Dyes , PE dan saringan sutera (Mess)
- Nota-nota rujukan step by step
Bengkel ini akan diadakan di lot 9824 S/L 8, Tingkat 1 , Jalan Semarak 93050 Petra Jaya Kuching, Sarawak. 082-231 676


Kepada ahli-ahli persatuan atau mana-mana pihak yang ingin menganjurkan bengkel secara pakej, kami sedia membantu. Untuk bengkel secara pakej, bilangan peserta adalah terhad kepada maksima 20 orang.

Sila hubungi kami di talian Pej : 082-231 676 Pn Intan atau En Sham 014-2888600

Read more...

Thursday, July 7, 2011

Logo PKBS (Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bumiputera Sarawak)

PKBS merupakan gabungan kepada GPPPKMM (Gabungan Penjaja Kecil Melayu Malaysia)

Read more...

Wednesday, July 6, 2011

Bengkel Halal Hub di KUCHING Sarawak


Bengkel Halal Hub akan diadakan di Hotel Samudra, Jalan Rubber Kuching Sarawak.
Akan diadakan pada 14 hb July 2011
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat PKBS seperti alamt di atas.
Penyertaan adalah percuma atas jemputan.

Terima kasih
PKBS

Read more...

Berkenaan Blog ini

Blog ini adalah untuk kegunaan ahli-ahli PKBS atau orang awam yang tergolong dalam kategori peniaga dan penjaja kecil Bumiputera di Sarawak.

Untuk memeberi artikel , komen serta pandangan ke blog ini sila email kepada pkbs.sarawak@gmail.com untuk dikongsi bersama kepada pengunjung blog ini. Kami mengalu-alukan feed, rss yang bersesuaian ke arah memajukan PKBS Sarawak

Dalam masa yang sama, pihak PKBS juga bersedia mengajukan pandangan, rungutan, ketidakpuashatian para warga peniaga dan penjaja kecil kepada pihak atasan atau kepada pihak-pihak berkenaan.

Sekian Harap Maklum

En SHAM, moderator blog.

Nasional Sabah & Sarawak

Orang Sabah, Sarawak perlu diberi peluang
KOTA KINABALU 7 Nov. - Kakitangan awam dari Sabah dan Sarawak perlu diberi peluang dan kepercayaan untuk memegang jawatan tinggi dalam agensi atau jabatan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan mereka memberi sumbangan lebih berkesan kepada negara.
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joseph Pairin Kitingan berkata, penyertaan kakitangan awam dari dua negeri itu amat sedikit sedangkan mereka mampu memainkan peranan yang besar. Klik di sini untuk lebih lanjut

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP